Berdebat dengan si bodoh ?

Salam readers,

( Antara entry terpanjang pernah aku tulis. Seriyes letih !! )

 Photobucket

Semalam lepas dunia malaysia dok huru hara dengan isu bersih, aku dan kengkawan aku yang lebih suka memerhatikan dari bercakap duduk mengadap lappy masing masing. Dan semestinya facebook satu tempat yang mana korang boleh dapat macam macam info walaupun berkisarkan tentang berita palsu, fitnah, gosip, perkara mengarut dan teori konspirasi penuh dengan update update berkaitan dengan bersih. Bila aku usha dan tengok member aku yang sebelum ni wall penuh dengan cintan cintun pun beriya pong pang pong pang pasal bersih, yang suka dok post video muzik kat wall pun dok potpet pot pet pasal bersih, dan yang memang semangat kepolitikannya sangat tinggi tak kisah dari parti x atau parti y jugak berpot pet pot pet berkaitan bersih.

Masing masing dengan hujah masing masing. Masing masing dengan pendapat masing masing. dan masing masing mempertahankan pihak masing masing. Siapa betul dan siapa salah yang mana sampai bila pun tak akan habis.

Aku ketawa sendiri.

***********

Semalam malam,lepas siap sikit esaimen kewangan, aku update status tentang isu bersih 3.0 yang mana aku hanya dapat gambaran daripada benda benda yang memember aku post di facebook. Well, jujur aku cakap yang aku tak berminat sikit pun untuk turut serta dalam perhimpunan bersih. Kejap kejap, biarkan aku habis cakap dulu, sebab menyampuk tanpa teringin dengar penjelasan hingga habis tu amalan syaitan ! Penting ! See, tapi tu tak bermakna aku tak minat langsung untuk ikut perkembangan semasa hingga semasa tentang bersih.

So, apa yang aku buat ? Aku baca kedua dua maklumat daripada blog blog puak x dan puak y, dan aku mintak pendapat daripada member aku yang memang ada kat perhimpunan bersih secara live  tentang situasi kat sana, dan aku mintak juga hujah dan pendapat daripada member member aku yang bangkang dan sokong bersih dengan sekeras kerasnya.

Dan jawapan yang aku dapat simpulkan, adalah

RAHSIA !!

Walla ~

Coii. Tak payah semangat nak tahu apa jawapan aku, sebab tak ada manfaat pun kalau aku bersuara pong pang pong pang, sebab aku tahu yang aku ni adalah golongan minoriti yang mana suara aku tak akan sampai kat mana mana pihak sekalipun. Dan ianya akan berlegar legar sekitar blog ni dan akhirnya hilang dan hilang bila aku update entry terbaru. So, just waste the opinion.

Settle.

The main point is, back to the status yang aku update awal awal tadi. Lepas beberapa second aku update akhirnya muncul puak puak parti x dan parti y yang datang dok komen dengan hujah masing masing. Aku diam. Mereka terus menerus bertekak. Aku diam. Aku perhati perangai masing masing. Dan aku just menyampuk dengan perkataan.

Woha !

dan perkataan

Walla !

Kenapa ? Sebab aku malas dan tersangat malas nak berdebat pasal benda ni dengan diorang. 5 hari 5 malam pun belum tentu akan settle. So, sangat sia sia. Meh, aku cakap kat korang yang baca belog ni dengan semangat. Aku tak pernah pun suruh hangpa setuju dengan status status aku, dan termasuk jugak dengan entry entry yang aku tulis. Tak pernah pun. So, kenapa hangpa nak pertikaikan setiap benda yang ditulis ? Bila tak faham, just blah dari situ, dan kalau hang memang dari lahir suka berdebat, so bagi satu komen yang bertanya minta penerangan atau kalau ko memang taksub sangat nak berdebat, memang nafsu tu tak dapat dikawal, boleh je bagi satu komen membina dan paling penting ada isi dan ada point padu untuk hang attack.

Bukan dalam agama sendiri ada kata jangan berdebat dengan orang bodoh ? Tak ada ? Adalah ! Ni apa ?

Imam Syafie :

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”

Dan kalau korang baca dalam surah Al- Hujurat ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Hari ini ramai orang bila duduk dalam satu majoriti yang mana majoritinya memang bangkang satu satu perkara, dia secara tak langsung akan terikut ikut benda yang sama. Jangan tipu ! Sebab aku pernah masuk benda benda kepolitikan macam ni dulu yang mana ada usrah, sesi tarbiah, muzakarah dan lain lain. So, aku tahu ! Memang itu kebiasaan kita. Kalau masuk dalam satu satu majoriti yang sokong, kitapun akan turut sokong. Padahal kita tak tahu apa pun sangat kenapa bangkang dan sokong, kita just dngar member sebelah dok bersyarah tak boleh tu tak boleh ni. Itu penyakit !

Dalam apa jua permasalahan sekalipun, dalam apa jua situasi sekalipun, kau kena keluar dari satu kotak pemikiran yang kau dah cuba sokong selama ni dan pergi ke pihak lagi satu, dan guna otak kau yang kau rasa sebenarnya rasional untuk menilai mana yang betul dan mana yang salah ! Dan kalau kau rasa benda tu perlu, kau hebahkan pada orang, dan kalau kau rasa benda tu tak perlu, dan orang orang sekeliling kau adalah orang orang yang memang kau tahu, jahil dan bengap, just relaks, dan buat slumber dengan diorang. Biarkan diorang. Sebab aku bagitahu, orang jahil tak akan terima pendapat kau tapi dia akan cuba putar belitkan fakta supaya kau kelihatan pening dan akhirnya kau yang stress!

Settle.

Point last ! Bila kau rasa memang keturunan hang tu ah atau hak tu ih yang mana dalam diri kau terperangkap satu semangat suka melawan, dan kau rasa ada wujud pendekar yang terperangkap dalam diri kau, yang mana pendekar tu terdapat satu semangat yang suka melawan dan mengalahkan point orang lain. Meh aku bagitahu cara yang betul. Persiapkan diri dengan fakta dan ilmu dan paling penting, kau mampu menerima pendapat dan hujah orang lain dan mampu membalasnya dengan hujah yang berilmu bukan dengan sia sia.

Ada faham ?

Ramai orang hari ni bila dok berdebat,dan bila ada orang datang melawan hujah dia, dia pun beriya lawan balik tanpa ambil kira yang si fulan tu paham atau tidak apa yang dia nak sampaikan. At last, benda tu jadi satu masalah yang tak akan ada penyelasaiannya, Sorang menyalak, sorang mengiau. Masing masing tak faham apa disampaikan, dan akhirnya yang si a panggil budak dia, dan si b panggil budak dia, bertumbuk dan kedua dua sakit masuk icu dan last, mati sia sia. Bengap.

(from keretamayat)

Back to zaman nabi, dulu, masa orang jahiliah dok taram panggil nabi orang gila, ahli sihir, nabi kool je, tak ada nak melenting, atau buat press conference semata mata nak terangkan benda itu benda ini bla bla. Takder pun. Apa yang nabi cakap ? Sekiranya bulan diletakkan di tangan kiriku, dan matahari diletak di tangan kananku, aku tak akan tinggalkan kerja dakwahku.

So, settle, dan last, pesan aku rujuk satu satu perkara, pada tempatnya. Kalau bab kahwin mengahwin, please rujuk pada pakar perunding kahwin, bukan badut sarkas, tak jadi majlis kahwin nanti. Dan kalau bab bab penyakit seks, sila rujuk pada pakar sakit puan/tuan, bukan pada bomoh yang kau bagi seekor ayam, dia terus jamah ayam dengan kau kau sekali.

Please, rujuk dan letak sesuatu pada tempatnya.

Sekian.

P/S :  Aku jahil gila bab agama, tersangat jahil, dan kalau korang nak tarbiyah aku, pastikan korang betul betul nak niat aku jadi baik, bukan jadi makin jahil. Walla ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Responses to “Berdebat dengan si bodoh ?”

  1. azyan says:

    Imam Syafie :

    “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.”

    gila suka pakai quote cenni :) betui hat pasai isu bersih semua orang nak bukak mulut.budak budak yang taktau apa duduk depan laptop pun keja anak maki ja.haihh

  2. mieza says:

    wahhh ^^ setuju ! (:

  3. Lelaki Kacak says:

    Sama macam mieza. agreed!!

  4. jija says:

    soo siapakah di pihak yg benar n pihak yg salah??
    pihak x or pihak y.. :(
    sedih tgk melayu berpecah belah :’(

  5. epal says:

    nice^^ got it. . .
    alangkah indahnya kalau semuanya memahami kata2 imam syafie^^

  6. eljanna says:

    nice^^ suka baca entry pjg, xde hal la^^

  7. yana halim says:

    khusyuk baca entri nie sampai abes. Mmg sgt setuju bab jangan berdebat dengan orang jahil. Tak pasal2 kita pun masuk longkang sekali…hehe..

  8. Ckin Kembaq says:

    clean and clear.. ^_^ baguslah mcam tu..bilamana orang fasik datang khabarkan berita, siasat dulu..baru fitnah tak bertebaran..bila fitnah bertebaran, dosa pun bertebaran sebagaimanan daun3 kering…. ^_^

    p/s: mohon utk dishare ye.moga2 ada manfaat.. ^_^

  9. rulita.park says:

    hahha :D betul juga.. nice nice :D

  10. YAhyA says:

    nice post,, agreed..

Leave a Reply

CommentLuv badge