Kenapa perempuan suka menangis ?

Salam readers,

Photobucket

Aku sedang baring secara tiarap di hadapan laptop. Sambil menjeling ke arah hp, aku cuba perhatikan setiap timeline yang bergerak di facebook. Hari ni, banyak je isu yang member-member aku kat facebook cerita. Ada pasal isu kemenangan AJL. Ada isu pasal sejarah tamadun melayu. Ada isu pasal sheila hamzah membunuh lah. Macam-macam. Kadang-kadang aku rasa dah tak perlu baca paper, sebab kat facebook ni boleh bagitahu macam-macam. Ops. macam tu lah rutin aku bila waktu cuti sem ni. Nak kerja malas. Yup, cuti sebulan je. Aku betul-betul ada kat rumah pun tak sampai sebulan. So, aku pasrahkan diri tak nak kerja.

Rehatlah pulak. Cuti sem lepaskan dah kerja.

Bila bosan, aku akan kerah idea untuk taip entry terbaru kat belog. Tak pun tengokk citer-citer lawak kat youtube. sambil ketawa melihat lawak-lawak Johan, aku capai hp dan terus taip mesej pada cik awek.

” Salam. Nak tanya lah. Boleh tak ? ”

Selepas beberapa minit, ” Treet treet ” hp aku berbunyi.

” Salam. Ye, nak tanya apa ? ”

” Kenapa perempuan suka menangis ? ”

” Ada banyak sebab sebenarnya.. ” balas cik awek pendek.

” Boleh awak terangkan ? ”

” Okeh. First, mungkin sebab tak ada words yang nak gambarkan apa yang perempuan tu rasa. Mungkin perempuan tu sedih, perempuan tu kecewa. Kadang-kadang ada sesetengah perempuan ni tak suka cakap depa sedih. So, jalan terbaik adalah menangis. ”

” Ooohh.. macam tu. lagi ? ”

” Kedua, ada sesetengah perempuan ni cepat terasa. Yup, sekejap je dah terasa. Kadang-kadang benda tu nampak simple bagi lelaki, tapi  bagi perempuan, benda tu boleh buat dia kecik hati. So, dia akan menangis. ”

” Oooh.. okeh. ada lagi ? ”

” Ada. Perempuan tu mengada-ngada, Nak kan perhatian. ”

” Ha ha. er, awak macam tu ? ”

” Awak rasa ? :)

************************************* ( Perbualan diberhentikan sebab dah lari topik )

Yup, aku agak setuju dengan point-point kat atas. Paling aku sokong ialah dengan menangis, diorang dapat redakan diorang punya tekanan. Selalu permepuan ni cepat sangat emosi, bila orang laki buat salah sikit, mulalah emosi, bila orang laki tercakap kasar sikit, mulalah emosi. So, nak hilangkan emosi tu, diorang akan menangis.

Lagi satu, bagi aku, ada sesetengah orang perempuan mempergunakan air mata ni untuk memanipulasikan keadaan orang lelaki. Kalau kita fikir secara logik akal, perempuan memang suka menangis dan diorang tahu lelaki akan mudah simpati bila tengok diorang menangis. ( Aku tak tahu kalau ada lelaki tak simpati. Oh mungkin sebab perempuan tu tak lawa or gemok ) So, dari situ, diorang boleh ambil kesempatan pada lelaki.

Aku pernah terbaca yang perempuan ni mempunyai  memori paling kompleks. Memang sukar nak jangka. Bila duduk sorang-sorang, dan dia teringat benda-benda lama, tetiba dia menangis. Pelik ? Yup, memang pelik. Tapi memang kenyataan benda ni.

Last, ada je sesetengah perempuan yang memang kuat nangis. Tak kira tempat tak kira situasi. Kerjanya nak nangis je. Sikit-sikit tersentuh. Sikit-sikit terasa. Puih. Keh3.

Apa apa pun, menangis tu memang fitrah. Fitrah bagi lelaki dan perempuan. So, tak ada apa yang nak dihairankan sangat sebenarnya. Benda benda macam ni kena lah memahami kan. Peremuan tu pun tak boleh nak 24 jam terasa dan lelaki pun tak boleh nak 24 jam membebel bila perempuan menangis.

Menangis sampai meraung-raung tu memang aku sangat tak suka. Siap hingus. Puih !

P/S : Menangis bila perlu. Sebab air mata yang dah keluar tak akan masuk balik. Walla ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Category: Cinta, Hiburan, Nostalgia

14 Responses to Kenapa perempuan suka menangis ?

  1. Itulah kejadian Allah, Allah jadikan orang perempuan nie mempunyai hati yang mudah tersentuh.. :) walaupun mereka kuat menangis, tgk hindustan pun boleh nangis.. hati mereka lebih kuat dari lelaki.. percaya tak? hehehe..

  2. hahaha kalo yg menangis meraung tu elok bagi penampo seliang dua mesti diam punye..pengsan ke mati ntah..
    hah mmg btol jugak ape yg dickp kat ats tu..
    tp aku tak suka simpati org,aku pantang menangis depan org yg buat aku sakit hati.aku lagi suke menyakitkan org tu drp aku tunjuk aku sakit dia buat.hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>