by Syafiq Ridhwan on Thursday, 3 May 2012. |
10 Comments |
Salam readers,
( Antara entry terpanjang pernah aku tulis. Seriyes letih !! )

Semalam lepas dunia malaysia dok huru hara dengan isu bersih, aku dan kengkawan aku yang lebih suka memerhatikan dari bercakap duduk mengadap lappy masing masing. Dan semestinya facebook satu tempat yang mana korang boleh dapat macam macam info walaupun berkisarkan tentang berita palsu, fitnah, gosip, perkara mengarut dan teori konspirasi penuh dengan update update berkaitan dengan bersih. Bila aku usha dan tengok member aku yang sebelum ni wall penuh dengan cintan cintun pun beriya pong pang pong pang pasal bersih, yang suka dok post video muzik kat wall pun dok potpet pot pet pasal bersih, dan yang memang semangat kepolitikannya sangat tinggi tak kisah dari parti x atau parti y jugak berpot pet pot pet berkaitan bersih.
Masing masing dengan hujah masing masing. Masing masing dengan pendapat masing masing. dan masing masing mempertahankan pihak masing masing. Siapa betul dan siapa salah yang mana sampai bila pun tak akan habis.
Aku ketawa sendiri. Read the rest of this entry »
by Syafiq Ridhwan on Saturday, 28 April 2012. |
6 Comments |
Salam.

Soalan,
Salam bang, boleh tak panjangkan lagi tentang pendahuluan abang untuk entry sebelum ni. Berkaitan dengan popular atau terbaik. Tapi saya nak bahagian pendahuluan sahaja yang abang cerita pasal kawan kawan abang. Seronok ! Dengar macam saya buat lawak, tapi harap sangat abang boleh buat.
Terima kasih.
Jawapan.
Penat aku tulis entry panjang panjang pasal benda tu, benda ni jugak kau nak baca. Okeh. Tak ada masalah pun. Sat, aku nak minum air soya ni. Fuh. Sedap. Ohya ! kalau korang nak beli air soya, beli jenama Vsoy. Seriyesly, rasa dia memang sedap. Dulu mak aku selalu beli yang 6 botol tu, tapi harga dia agak mahal lah. Cuma, sekarang, mungkin dah ada yang dalam tin. Yup, kat seven eleven ada jual jugak rasanya. Cer lah rasa. Sedap dan korang akan berpuas hati. Read the rest of this entry »
by Syafiq Ridhwan on Thursday, 26 April 2012. |
7 Comments |
Salam readers,

Semalam, lepas solat magrib, aku dok online depan lappy. Tengok facebook, tengok blog kawan kawan lama, ready sedikit bahan bahan untuk buat poster sempena minggu keusahawanan fakulti, stalk member member lama. Well, macam macam dah berubah. Member member semua pun dah besar, dah matang. Jarang ada masa nak borak borak macam dulu. Kalau ada pun, bukan semua. Ada satu tahap, member member korang yang dulu perangai macam budak budak, sekarang bila kita buat benda semacam kebudak budakkan sikit, depa akan tegur.
” Kita dah besar dah weyh. Perangai masih tak berubah ”
Takpun, diorang akan kerut dahi dan blah dari satu meninggalkan kau dengan seribu satu persoalan. Tu lah, dunia memang macam tu. Akan berubah dari atas ke bawah, akan berubah dari budak budak kepada dewasa.
Blurp !
Im aku tetiba muncul. Read the rest of this entry »
by Syafiq Ridhwan on Friday, 20 April 2012. |
10 Comments |
Salam readers,

Surah An-Nur ayat ke-31
‘Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan auratnya, kecuali pada suami atau abah, abah suami mereka, putera mereka, putera suami mereka, saudara lelaki mereka, putera saudara lelaki mereka, putera saudara perempuan mereka, perempuan sesama Islam, atau hamba sahaya yang mereka memiliki, atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan pada perempuan atau anak anak yang belum mengerti akan hukum aurat. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang orang yang beriman, agar kamu beruntung.’
Beberapa minggu lepas punya cerita, waktu aku lepak lepak dengan dua tiga belas orang member aku dekat satu kedai mamak. Sambil syok borak pasal perkembangan masing masing, kiteorang gelak berdekah dekah lantas menjadi tumpuan orang lain kat situ. Si gemok kecoh cerita pasal dia nak tunang bulan enam nanti. So, dia jemput aku dengan member member lain datang majlis tunang dia nanti. Si panjang pulak bergelak cerita pasal baru ambil lesen kereta. Yang dia usha bukan kereta, tapi akak yang ajar dia drive. Read the rest of this entry »
